Sultan Johor Akui Senang Kerjasama Dengan Anwar, Titah Hapuskan ‘Kanser Rasuah’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mengakui baginda menjalin kerjasama baik dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding mana-mana Perdana Menteri terdahulu yang mentadbir kerajaan.

Memetik laporan akhbar The Star dalam temu bual yang diterbitkan hari ini, Sultan Ibrahim bertitah baginda dapat bekerjasama lebih baik dengan Anwar memandangkan mereka berdua kerap bertukar pandangan melalui mesyuarat dan juga panggilan telefon, terutamanya membabitkan idea pembangunan Johor.

“Kami berunding antara satu sama lain dan bertukar-tukar idea bagaimana kami boleh membangunkan negeri ini dengan lebih baik,” Sultan Ibrahim dipetik sebagai berkata.

Beliau juga dilaporkan berkata bahawa kerajaan Anwar mesti memenuhi harapan tinggi rakyat Malaysia terhadap mereka untuk menghapuskan rasuah, yang disifatkannya sebagai “kanser”.

Beliau berkata Kerajaan Persekutuan sekarang mesti bekerja lebih keras dan tidak memberi alasan untuk membasmi ‘penyakit’ itu selepas 100 hari pertama diberi mandat memegang kuasa.

“Jika Najib boleh dimasukkan ke dalam penjara, bagaimana dengan orang lain?” Sultan Ibrahim dipetik berkata.

Beliau merujuk kepada Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Razak yang kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas disabitkan dengan salah guna wang dan kuasa berhubung RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, bekas unit firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad.

“Reputasi Malaysia telah terjejas kerana rasuah. Kita perlu hapuskan kanser ini,” kata Sultan Johor kepada akhbar itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat