Sumpah Simpan Rahsia MKT Jangan Dilanggar, Pesan Razlan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Razlan Rafii mengingatkan barisan kepimpinan Umno yang baharu agar tidak melanggar sumpah simpan rahsia seperti yang pernah berlaku pada penggal lepas.

Beliau malah menyeru barisan MKT yang baharu supaya bersama-sama sayang dan cintakan parti Umno.

“Jangan jadikan pengalaman beberapa MKT penggal lepas berulang.

“Sumpah simpan rahsia jangan di langgar.

“Sama-sama kita sayang dan cintakan parti Umno,” seru Razlan dalam satu hantaran di Facebooknya pada Rabu.

Razlan yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut bersyukur dipilih oleh perwakilan Umno menggotai MKT memandangkan sebelum ini beliau hanya dilantik oleh Presiden Umno.

“Sebelum ini saya dilantik sebagai MKT oleh Presiden, hari ini (semalam) majlis angkat sumpah sempena kemenangan di dalam pemilihan untuk penggal 2023-2026.

“Alhamdulillah,” ucapnya lagi.

Sebelum ini, Razlan pernah dilaporkan berkata, keputusan Umno memecat serta menggantung keahlian beberapa pemimpinnya menamatkan “pertelagahan” sesama sendiri yang berlanjutan lebih empat tahun.

Beliau berkata usaha Umno untuk mengembalikan keyakinan rakyat perlu dilakukan bermula sekarang selepas menoktahkan masalah dalaman.

“Selama empat tahun kita sibuk layan kerenah pemimpin kita sendiri, ada saja kenyataan yang tidak berdisiplin yang menunjukkan pergaduhan pandangan, pendapat.

“Orang tidak akan yakin kalau kita (Umno) tidak menunjukkan penyatuan dan kesatuan.

“Apa yang kita (perlu) lakukan pada pandangan saya, kita kena ada gerak kerja lima tahun untuk kembalikan keyakinan rakyat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat