Pahang Terima Peruntukan KRT Berjumlah RM3.3 Juta – MB Pahang

- Advertisement -

BENTONG: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Kerajaan Negeri Pahang telah menerima sebanyak RM3,312.000 bagi Peruntukan Geran Komuniti  Sejahtera Keluarga Malaysia Tahun 2022.

Jelasnya, peruntukan tersebut akan diserahkan kepada 552 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang telah diwartakan di negeri itu setakat 22 Mac.

Katanya lagi, bagi menghargai peranan KRT dalam mendukung agenda perpaduan dan budaya sukarelawan di peringkat komuniti, Kerajaan Persekutuan melalui Belanjawan 2022 telah meluluskan geran sebanyak RM6,000 kepada setiap KRT.

May be an image of map and text

“Saya menyerahkan replika cek Geran Komuniti Sejahtera Keluarga Malaysia Tahun 2022 di Majlis Perbandaran Bentong pagi tadi.

“Sebanyak 552 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) diwartakan di Negeri Pahang setakat 22 Mac 2022 berbanding 547 KRT pada tahun lalu. Manakala bilangan Skim Rondaan Sukarela (SRS) adalah sebanyak 469.

“Bagi menghargai peranan KRT dalam mendukung agenda perpaduan dan budaya sukarelawan di peringkat komuniti, Kerajaan Persekutuan melalui Belanjawan 2022 telah meluluskan geran sebanyak RM6,000 kepada setiap KRT.

“Peruntukan Geran Komuniti Sejahtera Keluarga Malaysia bagi Negeri Pahang pula adalah sebanyak RM3,312,000 untuk dimanfaatkan 552 KRT. Semoga usaha ini dapat mengukuhkan perpaduan demi memastikan masyarakat dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa, harmoni dan bersatu-padu.” katanya melalui Facebook. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat