Negara Terdedah Ancaman Keselamatan Jika Tanpa Akta SOSMA – Musa Hassan

- Advertisement -

PETALING JAYA – Negara akan terdedah kepada risiko keselamatan lebih besar tanpa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), kata bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan hari ini.

Beliau melahirkan kebimbangan selepas usaha kerajaan untuk melanjutkan peruntukan penahanan maksimum 28 hari tanpa tempoh perbicaraan SOSMA bagi tempoh lima tahun lagi gagal.

“Saya rasa pihak wakil rakyat tak pentingkan keselamatan negara. Bagi saya, setiap negara ada undang-undang keselamatan dia.

“Jadi kalau Malaysia tak mahu undang-undang keselamatan, you (kamu) terimalah akibatnya kalau apa-apa jadi,” katanya kepada FMT.

Usul yang dibawa Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin itu gagal diluluskan selepas 86 Ahli Parlimen mengundi menentang usul itu manakala 84 menyokong. Baki 50 lagi Ahli Parlimen tidak hadir.

Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut mencadangkan Dewan Rakyat melanjutkan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) selama lima tahun lagi bermula 31 Julai.

Subseksyen 4(5) SOSMA membolehkan polis menahan, tanpa bicara, seseorang yang disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan untuk tempoh tidak melebihi 28 hari untuk siasatan.

Ditanya apa yang akan berlaku kepada mereka yang ditangkap di bawah SOSMA, Musa berkata: “Untuk yang pernah kena tahan, kalau tak disambung (SOSMA), kena dibebaskanlah, rasanya begitu..”

Terdahulu, Akmal Nasir (PH-Johor Bahru) telah menegaskan di Dewan Rakyat bahawa hanya 648 individu didakwa daripada 3,717 yang ditahan bawah SOSMA.

Beliau meminta penjelasan Hamzah mengenai nasib baki tahanan yang masih belum didakwa. – FMT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat