Zahid Boleh Baca Taktik ‘Broker’ Dalam UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Meskipun UMNO dibadai gelombang mutakhir ini namun, Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu muslihat serta tipu daya, segala hipokrasi dan helah mereka dalam pemantauan dan radar.

Katanya,seperti saudara saudari beliau juga tahu dan sedar apa yang sedang ‘broker’ rancangkan.

“Saya minta kita ahli-ahli UMNO, pejuang dan penyokong UMNO sekalian jangan terlalu bimbang.

“Mereka ini tidak ramai, tetapi apa yang mereka mahu lakukan ke atas UMNO sangat tidak boleh diterima,” kata beliau.

Menurut Zahid, UMNO tidak boleh digadai kerana UMNO bukan alat untuk tawar menawar jawatan atau kedudukan sesiapa.

“UMNO sama sekali tidak akan melukut di tepi gantang hanya kerana hujah-hujah bermuka dua.

“UMNO parti milik rakyat dan jutaan ahlinya. Bukan milik mana-mana pihak untuk dijual beli.

“InsyaAllah selagi ada keringat dan bakti saya berjanji UMNO tetap dipertahankan.

Saya berkata begini kerana saya membaca pandangan dan keluh kesah saudara saudari,” jelas Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Dalam pada itu, beliau memberi keyakinan bahawa ahli UMNO mungkin ada yang khuatir beliau sebagai Presiden UMNO tidak ‘alert’ rancangan mereka.

“Saya ‘alert’. Saya malah ‘alert’ semakin galak persepsi negatif diilustrasikan ke atas saya.

“Tetapi demi keutuhan parti keramat bangsa dan agama saya mendepani cabaran ini secara berhemah.

“Keazaman, keyakinan dan jati diri UMNO saudari saudari menjadi azimat penguat semangat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat