Polis Siasat Kes ADUN Dituduh Cabul Ahli Parti

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari sebuah negeri di utara Semenanjung atas tuduhan mencabul seorang pembantu kedai yang juga ahli partinya dua minggu lalu.

Ahli politik pembangkang itu didakwa telah bertindak tidak sopan ketika mereka keluar membeli-belah di sebuah kompleks beli-belah di Subang dan pengadu membuat laporan polis pada 16 Mac lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Khalid Othman, wanita itu dalam laporan polis mengatakan, ahli politik itu mengajak untuk berjumpa bagi membincangkan isu politik, memandangkan pengadu juga ahli parti.

“Wanita berusia 31 tahun itu mengatakan bahawa semasa sedang berjalan-jalan pada 8 Mac sekitar 8.40 malam, suspek didakwa secara tiba-tiba cuba memegang tangan pengadu tetapi telah ditepis oleh pengadu.

“Kemudian semasa pengadu berada di dalam kereta suspek untuk pergi makan, suspek bertindak meraba, menarik bahu pengadu dan memegang tangan pengadu tetapi telah ditolak oleh pengadu.

“Walaupun suspek tahu pengadu tidak senang dengan situasi itu, suspek tetap melakukannya. Suspek juga mengingatkan pengadu supaya tidak memberitahu sesiapa tentang kejadian itu,” kata Khalid.

Tambah Khalid, susulan laporan yang diterima, polis telah memanggil ADUN berkenaan untuk membantu siasatan.

ADUN tersebut telah datang untuk memberikan kenyataan kepada polis pada 18 Mac.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua hukuman tersebut

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat