Ramai peminat lelaki ‘patah hati’ Lizzy dah kahwin!

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pendedahan mengejutkan penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan, 28, mengenai perkahwinan rahsianya pada Sabtu lalu, nyata membuatkan ramai peminat lelaki, ‘patah hati’ tiba-tiba.

Menerusi ruangan komen ditinggalkan pengguna media sosial di ruangan berita hiburan Harian Metro, semalam, rata-rata kebanyakannya berasa sangat kecewa. Begitu juga, tinjauan dibuat di Instagram dan Twitter mendapati ramai yang membuat perkongsian sedih.

Malah, ada di antaranya mendakwa sebelum ini mereka ‘kehilangan’ Mira Filzah dan Hannah Delisha yang juga sudah berkahwin, tapi kini harus ‘berputih mata’ dengan perkahwinan Elizabeth atau mesra dengan sapaan Lizzy.

“Semoga berbahagia sayang, saya mendoakan yang terbaik buat awak. Terima kasih kerana pernah membahagiakan ribuan lelaki di media sosial,” tulis seorang warganet.

“Ramai kawan lelaki dalam senarai ‘friend list’ up kisah Lizzy. Sampai ‘unfollow’ bagai. Tahulah angan-angan tu free,” kongsi seorang warganet lagi.

“Tak tahulah kenapa aku rasa nak sedih-sedih sangat. Dulu, masa solo taknak pula ‘try’ betul-betul,” ulas seorang lagi pengguna maya.

Melihat pada rentetan komen-komen ditulis warganet, ternyata kebanyakannya golongan lelaki berasa kecewa dan patah hati  kerana perkahwinan Lizzy yang tular secara tiba-tiba, sejak semalam.

Bagaimanapun, Lizzy akhirnya mengaku dia sudah berkahwin dengan ahli perniagaan dikenali Siew Jim dalam satu majlis sederhana di Gombak, Selangor, pagi Sabtu lalu.

Justeru, dia turut memohon maaf kerana tidak berkesempatan untuk berkongsi berita gembira itu kepada umum apabila kisah perkahwinan tertutupnya lebih dulu tular di media sosial.

“Saya minta maaf sebab tak sempat nak berkongsi berita mengenai perkahwinan saya sebab sudah tular lebih awal.

“Saya memang cadang nak umumkan perkara ini apabila sudah bersedia. Saya ambil keputusan untuk tidak menghebohkan isu perkahwinan kerana pada saya, ini adalah isu kecil sahaja,” katanya.

Selain itu, kisah perkahwinan Lizzy dan suami juga ‘dibocorkan’ oleh bapanya, David Tan Suan Chew yang berkongsi foto majlis perkahwinan penyanyi lagu Knock Knock itu di akaun media sosialnya.

Lebih mengukuhkan lagi perkongsian dibuat David, apabila seorang rakan Lizzy turut memuat naik fotonya bersama pasangan pengantin di akaun Instagram berserta ucapan tahniah yang dititipkan.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat