ADUN Amanah Akui Dipanggil Polis Berkaitan Siasatan Tuduhan Cabul Wanita

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Faiz Fadzil tampil membuat pengakuan dirinya telah dipanggil untuk siasatan polis pada 18 Mac lepas.

Sambil merujuk kepada satu laporan Malaysiakini bertajuk ‘Adun pembangkang disiasat tuduhan mencabul, beliau berkata, dirinya telah memberikan kerjasama kepada pihak polis setakat ini.

“Saya mengesahkan telah dipanggil untuk satu siasatan pihak polis pada 18 Mac lalu berkaitan satu laporan polis ke atas saya. Saya telah memberikan kerjasama kepada pihak polis dan akan terus memberikan kerjasama bagi membantu proses siasatan.

“Saya telah memberikan kenyataan saya kepada pihak polis. Saya menafikan tuduhan tersebut. Butiran pembelaan saya tidak dapat didedahkan memandangkan siasatan masih berjalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hari ini beberapa media melaporkan polis sedang menyiasat seorang anggota DUN dari sebuah negeri di utara Semenanjung atas tuduhan mencabul seorang pembantu kedai wanita dua minggu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Khalid Othman, wanita itu telah membuat laporan polis pada 16 Mac lalu mendakwa ahli politik pembangkang itu telah bertindak tidak sopan ketika mereka keluar membeli-belah di sebuah kompleks beli-belah di Petaling Jaya.

Dalam laporan polisnya, wanita itu mengatakan ahli politik itu telah meminta untuk berjumpa bagi membincangkan isu politik kerana dia juga anggota parti.

“Wanita berusia 31 tahun itu mengatakan bahawa semasa sedang berjalan-jalan pada 8 Mac sekitar 8.40 malam, suspek didakwa secara tiba-tiba cuba memegang tangan pengadu tetapi telah ditepis oleh pengadu.

“Kemudian semasa pengadu berada di dalam kereta suspek untuk pergi makan, suspek bertindak meraba, menarik bahu pengadu dan memegang tangan pengadu tetapi telah ditolak oleh pengadu.

“Walaupun suspek tahu pengadu tidak senang dengan situasi itu, suspek tetap melakukannya. Suspek juga mengingatkan pengadu supaya tidak memberitahu sesiapa tentang kejadian ini,” kata Khalid.

Dalam pada itu, Faiz Fadzil juga memberitahu dirinya sedang berbincang dengan pasukan peguam untuk tindakan undang-undang berikutan dakwaan tersebut.

“Saya juga sedang berbincang dengan pasukan peguam bagi mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya bagi membersihkan nama saya.

“Saya akan meneruskan tugas saya sebagai ADUN seperti biasa dan akan terus berjuang untuk menegakkan demokrasi dan keadilan sosial,” ujarnya. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat