Lantik Pendakwa Raya bukan lagi kuasa PM, akan berpindah kepada Agong

KUALA LUMPUR- Pelantikan Pendakwa Raya tidak akan melibatkan peranan dan kuasa Perdana Menteri, sebaliknya akan melibatkan kuasa Yang di-Pertuan Agong.

Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, pelantikan itu juga akan dibuat atas syor Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Beliau berkata, pelantikan Pendakwa Raya juga tidak boleh membabitkan Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri, selain perlu memiliki pengalaman litigasi sekurang-kurangnya selama 10 tahun.

“Idea asal adalah untuk memisahkan campur tangan politik dalam aspek pelantikan Pendakwa Raya dan sebab inilah kita tidak meletakkan peranan ahli politik, termasuk Perdana Menteri.

“Sebab kita mahu memastikan dia (Pendakwa Raya) berlaku adil ketika menjalankan tugas dan inilah yang menjadi kerisauannya ketika idea memisahkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

“Kita khuatir Pendakwa Raya akan terikut-ikut dengan rentak kelompok tertentu yang menentukan pelantikannya, jika proses berkenaan turut membabitkan Yang Berhormat atau ahli politik,” katanya menurut Utusan pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika sesi Taklimat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said mengenai RUU Perlembagaan (Pindaan) 2026 di Parlimen hari ini.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat