Bekas PM pernah 10 tahun berkhidmat tak boleh dilantik semula – Azalina

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri yang mempunyai rekod perkhidmatan selama 10 tahun tidak boleh dilantik semula ke jawatan itu jika Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri diluluskan Dewan Rakyat dan dikuatkuasakan kelak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, RUU itu memperuntukkan tahun perkhidmatan bagi mana-mana Perdana Menteri dan bukan ditentukan berdasar tempoh penggal Parlimen.

“Siapa mahu jadi Perdana Menteri (selepas ini), dia tak boleh lebih daripada 10 tahun. Jadi yang mana kita buat dalam pindaan perlembagaan ini, dia juga (mengambil) kira kepada tahun-tahun dia sudah berkhidmat sebagai Perdana Menteri.

“Maknanya juga, ia dikira ke belakang (rekod sebelum ini). Jadi Perdana Menteri yang ada hari ni, kalau katakan PMX (Datuk Seri Anwar Ibrahim), dia menang lagi Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke-16, dia nak jadi Perdana Menteri sekali lagi, boleh.

“Tapi kalau dikira dari tahun, dia tinggal (baki) tujuh tahun saja, bukannya mahu bagi dia 10 tahun lagi, tidak. Mungkin Tan Sri Muhyiddin (Yasin), kalau jadi Perdana Menteri lagi sebab dia menang, mungkin dia tinggal lapan tahun. Kemudian, Bera (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) mungkin tinggal sembilan tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi taklimat mengenai RUU pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya serta pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri di Dewan Bankuet Parlimen lapor BH pada Isnin.

Sesi taklimat itu turut dihadiri Ahli-ahli Parlimen dari blok kerajaan dan pembangkang.

Mengulas lanjut, Azalina berkata, pindaan dibuat bagi memenuhi komitmen janji manifesto PRU lalu dan jika pada masa depan, ia mahu dikembalikan kepada kaedah sekarang, terpulang kepada kerajaan seterusnya nanti.

“Perlembagaan boleh dipinda. Kerajaan seterusnya yang mempunyai majoriti dua pertiga boleh meminda undang-undang. Malah tempoh jawatan juga boleh diubah semula dan mereka boleh buat jika mahu Perdana Menteri pada hari ini kekal selama-lamanya.

“Jika kamu mempunyai undi sokongan dua pertiga atau lebih di Parlimen, kamu boleh melakukan apa sahaja terhadap Perlembagaan. Apa kita lakukan, kerajaan ini bersama rakan-rakan gabungan sedang membawa kepada rakyat apa yang kita janjikan dalam manifesto PRU ke-15 lalu.

“Dalam manifesto, ada parti mencadangkan dua penggal, ada parti yang mencadangkan sepuluh tahun. Jadi pada asasnya, kerajaan sedang melaksanakan apa yang sudah dijanjikan atau terkandung dalam manifesto. Tetapi, kerajaan seterusnya dengan majoriti baru, masih boleh mengubahnya. Itu sememangnya prerogatif mereka,” katanya.

Terdahulu dalam sesi taklimat itu, Azalina memaklumkan pindaan RUU itu hanya membabitkan jawatan Perdana Menteri saja, tidak menyentuh atau mempunyai kaitan langsung dengan jawatan Ketua Menteri dan Menteri Besar kerana ia urusan membabitkan negeri.

Azalina tengahari tadi membentangkan dua Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 1) 2026 dan RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 2) 2026, berkaitan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pend

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat