KDN sedang usahakan reformasi urusan pintu sempadan negara – Saifuddin

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) giat mengusahakan reformasi dalam kecekapan dan kelancaran pintu sempadan negara.

Menteri KDN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagaimanapun berkata, reformasi urusan pintu sempadan negara memerlukan usaha berterusan dan mengambil masa.

“Pagi ini saya adakan perbincangan bersama pegawai-pegawai kementerian untuk memperhalusi dan menambah baik pengurusan pintu masuk negara.

“Kita mahu proses yang lebih lancar, lebih cepat dan lebih tersusun, supaya rakyat yang pulang, pelawat yang datang, serta urusan perdagangan semuanya dapat berjalan dengan lebih mudah.

“Reformasi ini bukan perubahan drastik sehari dua, tetapi usaha berterusan.

“Kita teliti prosedur dan gunakan teknologi dengan lebih bijak, semuanya demi memastikan pintu masuk negara kita benar-benar mencerminkan kesiapsiagaan dan profesionalisme,” kata Saifuddin.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat