Penunjuk aras tak diukur guna pelaburan ‘dilulus’ tapi aliran masuk bersih pelaburan – Isham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pelaburan yang dilulus tidak semestinya masuk atau dilaksanakan.

Malah menurut Isham Jalil, pelaburan yang dilulus tidak semestinya masuk tahun ini atau dalam masa terdekat.

“Berbillion-billion dari pelaburan-pelaburan ini ada yang langsung tidak dilaksanakan pun.

“Ia umpama kita minta kelulusan dari majlis perbandaran untuk bina rumah atas tanah kita namun tidak semestinya esok atau tahun ini kita terus bina rumah.

Menurut bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu lagi, jika keadaan ekonomi tidak mengizinkan, kita mungkin akan ambil keputusan tidak akan bina pun.

“Kita minta kelulusan awal sebab kita tahu prosesnya akan memakan masa.

“Pelabur pun begitu. Jika keadaan semasa dan ekonomi memberangsangkan, barulah mereka akan masukkan duit.

“Jika ekonomi tidak baik atau mereka tidak yakin, mereka tidak akan melabur atau beli ringgit walaupun mereka telah mendapat kelulusan,” katanya di Facebook pada Jumaat.

Jelas Isham, apabila ini berlaku ringgit kekal lemah dan merudum.

Justeru tegas beliau, ini yang telah dan sedang berlaku dalam setahun dua ini dalam pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sebab itu kita tidak guna penunjuk aras pelaburan ‘dilulus’ ini sangat untuk melihat prestasi sebenar ekonomi. Kita guna ‘net investment inflow’ atau aliran masuk bersih pelaburan.

“Oleh itu, berapakah prestasi ‘net investment inflow’ dari luar negeri kita pada tahun lepas? Jawapannya: Menjunam -47 peratus, jatuh teruk sebanyak RM35 billion, iaitu daripada RM74.6 billion pada tahun 2022 kepada RM39.5 billion pada tahun 2023,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian mengulas pengumuman Perdana Menteri semalam, bahawa jumlah pelaburan yang dilulus (approved investment) di Malaysia mencapai tahap tertinggi dalam sejarah iaitu RM329 billion.

“Dia amat berbangga dan semua penyokong-penyokongnya pun amat berbangga dengan “pencapaian” ini dan mereka menyebarkan dengan megah di media-media. Gelagat Anwar ini agak melucukan.

“Saya dulu lama dalam kerajaan dan saya ada ramai kawan-kawan dalam kerajaan dan mereka pun gelihati melihat gelagat Anwar. Saya juga pernah bekerja di Unit Perancang Ekonomi (EPU) 16 tahun yang lepas.

“Jika kita ingin melihat prestasi pelaburan dan ekonomi, kita tidak ambil pelaburan yang ‘dilulus’ atau ‘approved’ investment sebagai indeks atau penunjukaras utama. Kita akan guna atau rujuk kepada ‘actual net investment inflow’ atau aliran masuk pelaburan terus bersih yang sebenar.

“Ini kerana pada kebanyakan tahun memang banyak sehingga beratus billion pelaburan yang dilulus, dan pada tahun 2022 kerajaan sebelum Anwar juga pernah mengumumkan pelaburan yang dilulus terbesar dalam sejarah iaitu RM306 billion.

“Namun ke manakah perginya duit pelaburan beratus billion yang dilulus ini? Mereka masuk atau tidak? Jika beratus billion ini masuk tentunya ringgit akan mengukuh sejak tahun lepas lagi.

“Tetapi ini tidak berlaku malah sebaliknya yang berlaku iaitu ringgit menjunam dan terus terhempas,” kata Isham.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat