Tak Dapat Elak Pertembungan Tiga Penjuru, UMNO- PAS Didesak Hentikan Serang Sesama Sendiri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pertembungan tiga penjuru antara PAS dan UMNO di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sememangnya tidak dapat dielakkan lagi, justeru Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin menggesa kepimpinan dua parti itu hentikan serangan sesama sendiri.

Hashim berharap semangat Muafakat Nasional (MN) yang terbina sebelum ini dipertahankan demi kepentingan ummah di masa hadapan.

“Nampaknya pertembungan tiga penjuru tak dapat dielakkan. Saya seru kedua-dua pihak henti serang menyerang antara dua parti.

“Fikir panjang, kita ke hadapan, kita perlu berpadu.Kalau ada sedikit terluka lupakan,” katanya memetik Malaysiakini.

Pada 28 Januari lalu, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengumpamakan UMNO seperti itik patah kaki yang mahu berenang sendiri setelah sembuh.

Hadi berkata demikian ketika mengulas tindakan UMNO memutuskan kerjasama dengan Bersatu serta jalan sukar MN yang dirintis selepas pilihan raya umum lalu.

“Tapi malangnya, kita bukan nak ajar itik berenang. Kita nak selamatkan itik yang patah kaki. Ada yang patah kaki, pilihan raya (ke) 14.

“Kita selamatkan itik yang patah kaki ini, bukan nak ajar berenang. Dia patah kaki.

“Malangnya bila kakinya dah pulih, dia nak berenang sendiri. Nak tinggal kita. Jadi, itu satu benda yang tidak bermoral dan tak betul,” kata Ahli Parlimen Marang itu.

Dalam pada itu, Hashim mengingatkan pemimpin Umno dan PAS supaya sedar bahawa musuh utama mereka adalah Pakatan Harapan (PH).

Oleh itu, mereka perlu menganggap pertembungan dalam PRN Johie sebagai “pertanding adik-beradik” yang tidak perlu membawa kepada permusuhan.

“Anggaplah ini pertandingan adik-beradik musuh utama ada kita ada di hadapan.

“Hentilah serang menyerang sesama sendiri,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat