Wanita UMNO Harap Ketibaan Vaksin Pancar Sinar Baru Perjuangan Negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, ketibaan vaksin Pfizer-BioNTech di Malaysia memberikan sinar baharu dalam perjuangan negara menentang dan melandaikan pandemik Covid-19.

“ Perbekalan vaksin Covid-19 ini merupakan usaha besar kerajaan dalam menjaga kesihatan dan kebajikan rakyat.

“ Sebanyak RM2.05 bilion (jumlah awal) dibelanjakan bagi mendapatkan vaksin yang akan diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Justeru Noraini yang juga Menteri Pengajian Tinggi berkata, Wanita UMNO amat berharap seluruh rakyat memberikan kerjasama dalam pengagihan vaksin ini nanti.

“Tingkatkan pengetahuan kelebihan vaksin ini kerana vaksinasi amat penting untuk kita melindungi bukan sahaja diri sendiri, tetapi juga yang tersayang.

“Pastinya kerajaan juga telah mempertimbangkan segala segi sebelum mendapatkan vaksin ini.

“ Marilah kita bersama-sama berganding bahu menentang pandemik Covid-19 ini,” ujarnya.

Tambah beliau, Wanita UMNO juga ingin mengucapkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pasukan barisan hadapan yang sentiasa tekun dan berdedikasi dalam menjaga kesihatan rakyat Malaysia dikala menghadapi cabaran pandemik Covid-19.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat