JKKP realisasikan program KAM, beri manfaat masyarakat Kampung Parit Keroma

Oleh Zihan Zari

MUAR – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) meneruskan komitmen merealisasikan Program Kampung Angkat MADANI (KAM) Kampung Parit Keroma merupakan inisiatif strategik kerajaan di bawah aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai kemampanan, kesejahteraan dan ihsan.

Majlis Penutup Program KAM Kampung Parit Keroma, telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah JKKP, Ir. Hj. Mohd Hatta Zakaria di Masjid Jamek Al-Husna, Parit Keroma, dekat sini baru-baru ini berlangsung meriah.

JKKP dalam kenyataan memaklumkan pemilihan Kampung Parit Keroma sebagai Kampung Angkat JKKP bukan sekadar satu simbolik, tetapi satu komitmen serius pihak jabatan untuk mendekati rakyat dan memastikan limpahan kemajuan negara dapat dirasai di peringkat akar umbi.

“Kerajaan MADANI sentiasa prihatin terhadap pembangunan komuniti luar bandar demi memastikan tiada golongan yang terpinggir daripada arus pembangunan.

“JKKP telah menyahut seruan ini melalui pelaksanaan program KAM dengan peruntukan penuh berjumlah RM1 juta,”kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, berdasarkan prestasi pelaksanaan, JKKP telah mencapai kemajuan 100 peratus (%) dengan perbelanjaan penuh bagi kesemua projek yang dirancang.

“Ini membuktikan komitmen tinggi JKKP dan semua pihak terlibat dalam memastikan setiap sen peruntukan kerajaan dikembalikan semula kepada rakyat dalam bentuk fasiliti yang bermanfaat, ”katanya.

“Projek KAM JKKP telah berjaya melaksanakan beberapa inisiatif utama yang merangkumi aspek keselamatan, kesihatan dan infrastruktur merangkumi 63 aktiviti pembangunan di bawah 6 skop utama telah berjaya disiapkan sepenuhnya.

“Projek ini dirangka khusus untuk meningkatkan kualiti hidup, keselamatan dan keselesaan penduduk. Fokus utama projek ini adalah pembangunan kerohanian.

“Sebahagian besar peruntukan telah dimanfaatkan untuk menaik taraf masjid dan surau melalui 34 aktiviti berasingan. Ini bagi memastikan syiar Islam dan aktiviti kemasyarakatan dapat dijalankan dengan lebih selesa,”katanya lagi.

Ujarnya, bagi pendidikan anak bangsa pula, sebahagian peruntukan telah diagihkan bagi menaik taraf sekolah, melibatkan 11 aktiviti bagi menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan selamat.

“Peruntukan juga telah disalurkan bagi tujuan Fasiliti Komuniti & Riadah untuk menaik taraf Balai Raya Parit Keroma. Fasiliti ini penting sebagai pusat penyatuan komuniti dan gaya hidup sihat.

“Bagi infrastruktur asas dan pendidikan, kerja-kerja pembekalan peralatan juga dilaksanakan, merangkumi penggantian perabot kantin yang lebih tahan lasak berupa meja dan bangku keluli tahan karat (stainless steel) serta peralatan multimedia termasuk komputer riba dan papan pintar (smartboard) khusus untuk kegunaan Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Keroma dan Sekolah Agama Parit Keroma.

“Bagi inisiatif tenaga hijau, pemasangan sistem lampu solar di kawasan parkir terbuka masjid bukan sahaja menjamin keselamatan jemaah dan pengunjung, malah menjadi bukti komitmen jabatan dalam menyokong kelestarian tenaga yang mesra alam,”ujarnya lagi.

Tambahnya, pihak jabatan juga merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan strategik korporat dan institusi pengajian tinggi yang turut menyumbang bakti.

“Antaranya, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang telah memasang 5 unit lampu jalan tambahan di Jalan Parit Keroma Darat.

“Manakala, Jabatan Senibina dan Landskap, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menyumbangkan kepakaran teknikal serta nasihat profesional dalam kerja-kerja menaik taraf bumbung masjid.

“Selain itu, pihak CIMB pula telah menaja sebuah alat AED (Automated External Defibrillator) untuk kegunaan Masjid Jamek Al-Husna, ”tambahnya lagi. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat