CYBERJAYA, — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan bahawa perkhidmatan Artificial Intelligence Fact-checking Assistant (AIFA) di platform WhatsApp akan mengalami gangguan sementara pada Jumaat, 23 Januari 2026.
Menurut kenyataan MCMC, gangguan berkenaan dijadualkan berlangsung dari pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi berikutan kerja-kerja penyelenggaraan sistem yang telah dirancang.
Bagaimanapun, orang awam masih boleh mengakses perkhidmatan AIFA bagi tujuan mendapatkan maklumat sahih dan semakan fakta melalui portal Sebenarnya.my sepanjang tempoh gangguan tersebut.
Perkhidmatan AIFA di WhatsApp dijangka kembali beroperasi seperti biasa selepas kerja penyelenggaraan selesai.
MCMC turut memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami serta menghargai kefahaman semua pihak.



