Nadin cairkan emosi peminat

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi dan penulis lagu dari Indonesia, Nadin Amizah mengotakan janji apabila berjaya menghiburkan 2,000 peminat yang menyaksikan persembahannya di Zepp Kuala Lumpur, malam tadi.

Nadin, 23, memulakan persembahan yang dinamakan Konsert Selamat Ulang Tahun dan Kisah Lainnya oleh Nadin Amizah tepat jam 8 malam dengan lagu Sebuah Tarian Yang Tak Kunjung Selesai.

Bersama pemuzik pengiring, Nadin menyampaikan sebanyak 18 lagu dengan membahagikan persembahan kepada dua segmen.

Menerusi segmen pertama, dia bijak berinteraksi dengan peminat, manakala menerusi segmen kedua pula, Nadin langsung tidak berinteraksi dan lebih fokus kepada persembahan.

Terdahulu Nadin menerusi sidang media di sebuah hotel Jumaat lalu menjelaskan akan mengehadkan komunikasi dengan peminat.

“Saya tidak mahu terlalu banyak bercakap kerana nanti akan timbul perasaan gemuruh di atas pentas. Ada baiknya saya lebih fokus pada nyanyian sahaja.

“Ini kali pertama saya bawa sebanyak 18 lagu dan sedar akan berasa penat. Ternyata saya perlukan stamina yang banyak,” katanya.

Dalam konsert yang berlangsung selama dua jam ini, Nadin turut menyampaikan lagu-lagu popularnya seperti Hormat Kepada Angin, Beranjak Dewasa, Bertaut, Taruh dan Sorak Sorak.

Nyanyiannya menerima tepukan bergemuruh daripada peminat. Malah ada juga turut sama menyanyi mengiringi nyanyian Nadin.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat