Aina Abdul abaikan kecaman mengenai gaya fesyen ditampilkan

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi Aina Abdul, 30, pernah amat geram apabila membaca komen-komen netizen yang mengkritik atau mengecam ‘pedas’ gaya fesyen ditampilkannya pada setiap acara hiburan dihadiri.

Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani berkata, dia juga akan banyak berfikir sepanjang hari berikutan terganggu dengan komen-komen yang dilihat dan sudah dibaca di media sosial itu.

“Dulu, saya mengaku akan rasa geramlah. Sebabnya, komen itu akan menjadi ‘tema hidup’ saya pada sepanjang hari itu kerana akan berfikir macam-macam. Tapi, sekarang dah semakin kuat. Insya Allah.

“Saya pun dah ada ramai sistem sokongan yang sentiasa pastikan jangan bagi Aina nampak (komen-komen) sehingga saya berasa diri benar-benar dilindungi oleh orang lain juga. Sebabnya, mereka benar-benar tahu lebih mengenai diri saya, sebagaimana saya memahami diri sendiri,” katanya.

Penyanyi lagu Sumpah, Semalam dan Sepi ini berkata, kini dia cuba tidak membaca dan melihat apa saja komen-komen berbaur kritikan kecaman ‘pedas’ yang ditulis warga maya terhadap fesyen digayakannya.

“Ini kerana, walaupun saya kata diri kuat tetapi sudah tentu, kita sebagai wanita pastinya ada hari-hari yang akan mengganggu ‘mood’. Tapi, dari sudut lain sebenarnya komen-komen netizen kepada saya selama empat hingga lima tahun ini, sangat membantu Aina.

“Mereka (netizen) membuatkan saya sentiasa bersemangat setiap kali ingin membuat sesuatu dengan berfikir dan menanti-nantikan apa yang akan diperkatakan oleh mereka tentang saya nanti,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Aina berkata, apa yang pasti dia berasakan bukan perkara mudah untuk terus kekal dan bertahan dalam industri hiburan.

Katanya, dia amat menghormati penggiat-penggiat seni senior yang berjaya aktif hingga kini.

Bakal bertanding kali ke empat di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL) pada 12 Februari depan di Axiata Arena, Bukit Jalil, jam 9 malam, Aina mempertaruhkan sebuah lagi lagu ciptaan sepenuhnya berjudul Terus Hidup.

Pernah dinobatkan anugerah Vokal Terbaik di AJL36 lalu, Aina berkata dia berharap dapat mempertahankan kemenangannya walaupun perlu bersaing dengan Dayang Nurfaizah dan Ernie Zakri di AJL37 nanti.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat