Awie pinjamkan suara kerana anak-anak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Vokalis Wings, Datuk Awie menerima tawaran menyumbangkan suara dalam filem animasi muzikal, Didi & Friends The Movie disebabkan anak-anak yang meminati siri animasi hiburan sambil belajar itu.

Kenyataan itu mengetepikan dakwaan konon Awie atau nama sebenar, Ahmad Azhar Othman, 54, bersetuju menjayakan watak Tok Chip dalam filem itu berikutan bayaran lumayan.

“Ini bukan soal bayaran dan saya bukan orang yang begitu. Sebenarnya, saya bukanlah individu yang menonton siri animasi ini, tetapi saya buat filem ini untuk anak-anak saya.

Awie pada majlis pelancaran dan sidang media Didi & Friends The Movie di Panggung Asia, Kuala Lumpur,  baru-baru ini. Foto IG Didie and Friends Malaysia
Awie pada majlis pelancaran dan sidang media Didi & Friends The Movie di Panggung Asia, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Foto IG Didie and Friends Malaysia

 

“Kebetulan anak (bongsu) saya baharu lahir, jadi ini adalah untuk mereka. Ini kali kedua saya menjayakan projek animasi sebagai pelakon suara,” katanya.

Awie dikurniakan anak keenam diberi nama Putra Ahmad Andeeka pada 2021. Ketika tawaran diterima, isterinya, Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin, 35, sedang mengandungkan Andeeka.

Awie yang ditemui pada majlis pelancaran dan sidang media Didi & Friends The Movie di Panggung Asia, di sini, baru-baru ini, berkongsi cabaran menyiapkan filem terbabit.

“Ini bukan perkara mudah untuk menyiapkan saya filem ini dalam keadaan pandemik COVID-19 melanda negara.

“Ditambah dengan pergerakan terhad ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya perlukan surat untuk pergi merakamkan suara. Sekejap boleh keluar, sekejap tak boleh.

“Macam-macam rintangan yang kami lalui dalam masa lebih kurang setahun untuk siapkan. Alhamdulillah, akhirnya filem ini berjaya dikeluarkan,” katanya.

Berikutan itu, besar harapan Awie untuk Didi & Friends The Movie menarik perhatian ramai apabila ditayangkan pada 23 Februari depan.

“Saya doakan filem ini ‘meletup’ di pawagam. Filem ini menarik bukan disebabkan barisan artis yang menjayakannya, tetapi jalan cerita yang bagus,” katanya.

Selain Awie, pelakon popular yang turut meminjamkan suara dalam filem ini adalah Ruminah Sidek, Amelia Henderson dan penyanyi, Waris.

Amelia memegang watak Kapten Zee, Waris (Torra) dan Ruminah (Nek Kura). Watak asal lain adalah Didi, Nana, Jojo, Pak Atan dan Pak Beruang.

Filem pengembaraan animasi muzikal terbitan Astro Shaw, Warnakala Studios dan Digital Durian dengan kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) ini diarahkan Akmal Aziz Asmawi dan Roshfaizal Ariffin.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat