Tun M Masih Dirawat, Abaikan Berita Palsu Yang Disebarkan – Marina Mahathir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai sebarang khabar angin mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad yang disebarkan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak sahih.

Melalui kenyataan media Datin Paduka Marina Mahathir Mohamad, ayahandanya masih dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) lagi hari ini.

Ujar Marina lagi, ahli keluarganya telah berinteraksi dengan Tun Dr Mahathir.

Dalam pada itu, mewakili ibunya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, beliau mengucapkan penghargaan terima kasih kepasa semua pihak di dalam dan luar negara yang telah menganjurkan doa selamat dan bacaan Yasin dan juga telah mengirimkan doa agar Tun Dr Mahathir kembali segera sembuh.

Selain itu, IJN dan keluarganya akan mengeluarkan kenyataan dari semasa kesemasa. -SUARATV

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat