“Dorang datang lawat abang lah… lepas ni boleh lah Google Meet di rumah”

- Advertisement -

SANDAKAN – BESAR betul kesan viral cerita pasal budak 10 tahun dari Kampung Sinar Baru, Batu 12 yang terpaksa pergi bukit dalam ladang sawit untuk Google Meet, sehingga Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC) turun melawat budak tersebut.

Muhammad Amru Umair apa lagi, bukan main teruja dan gembiranya bila dua pegawai yang datang jam 11.30 pagi tadi memperkenalkan diri mereka daripada MCMC.

Lebih mengujakan, apabila Amru Umair dibawa menaiki kenderaan pacuan empat roda MCMC meninjau sendiri lokasi dia berGoogle Meet pada 20 Januari lalu.

“Dorang datang lawat abang lah… lepas ni boleh lah Google Meet di rumah. Tidak perlu sudah susah payah naik bukit ke ladang sawit tu,” kata Amru Umair dengan nada teruja.

Menurut Amru Umair, dia tidak menyangka pihak MCMC bertindak sepantas itu dalam memberi penyelesaian awal kepada masalah liputan internet di kawasan kampungnya.

“Cepat juga dorang datang. Macam baru saja cerita abang keluar di Wide TV tiba-tiba datang sudah hari ni,” katanya yang mesra dengan panggilan abang.

Sementara itu, menurut pegawai MCMC, Mohammad Rizal Abdul Lani, mereka terpanggil selepas membaca artikel diterbitkan Wide TV mengenai situasi dialami Amru Umair.

Menurutnya, mereka telah meninjau keseluruhan kawasan Kampung Sinar Baru termasuk lokasi pelajar Tahun 4, Sekolah Rendah Islam Dar Al Huffaz (SRIDAH) itu mengekses internet dan telah mengenalpasti beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.

Berdasarkan maklumat lisan beliau, pihak MCMC akan merangka pelan jangka pendek dan jangka panjang berkaitan penyelesaian masalah itu dan penyediaan ekses internet ke kawasan kampung terbabit.

Menurut Rizal yang ditemani seorang lagi pegawai MCMC, Lydrianna Koh, pelbagai aspek juga perlu diteliti termasuk faktor geografi, struktur halangan, bilangan penduduk dan kesediaan pembekal perkhidmatan telekomunikasi dalam menyediakan kemudahan internet di kawasan itu.

Dalam pada itu, penduduk Kampung Sinar Baru menyambut baik cadangan yang bakal dilaksanakan MCMC dan berharap perkara itu dapat disegerakan.

Baca lagi: https://suara.tv/20/01/2021/murid-tahun-4-google-meet-dalam-ladang-sawit-untuk-dapat-talian-internet/

Kredit : WideTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat