Titah Dulu Diguna, Kini Dipersoal – Dr Akmal

CYBERJAYA  — Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan keputusan mahkamah yang menyatakan Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong (YDPA) tidak mempunyai kesan perundangan, susulan keputusan mengekalkan Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani hukuman penjara di Kajang.

Baca Juga : Najib kekal jalani hukuman di Penjara Kajang

Menurut Dr Akmal, titah berkenaan sebelum ini didakwa dikeluarkan oleh Sultan Pahang ketika baginda menjadi YDPA, malah pihak Istana Pahang turut mengesahkan kewujudan titah tersebut. Namun begitu, selepas ia lama tidak didedahkan kepada umum, status titah itu kini dipertikaikan di mahkamah.

Beliau berkata, situasi ini menimbulkan persoalan apabila titah YDPA pernah dijadikan alasan utama dalam isu pembentukan kerajaan, tetapi hari ini pula dikatakan tidak sah dari sudut undang-undang.

“Rakyat mampu menilai,” katanya ringkas sebagai reaksi terhadap perkembangan kes berkenaan.


-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat