Najib kekal jalani hukuman di Penjara Kajang

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjalani baki hukuman pemenjaraannya di bawah tahanan rumah.

Hakim Alice Loke Yee Ching membuat keputusan itu selepas meneliti hujahan dan membaca alasan penghakiman selama hampir sejam.

Dengan keputusan yang dibuat Mahkamah Tinggi itu bekas Perdana Menteri itu akan terus menjalani baki hukuman penjara di Penjara Kajang sehingga tempoh hukuman tamat, lapor Harian Metro.

Najib sebelum ini menjalani hukuman penjara enam tahun serta denda RM50 juta selepas didapati bersalah menyeleweng dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat