UMNO dan PAS kecam Ahli Parlimen DAP

KUALA LUMPUR – Pemimpin pelbagai parti politik hari ini menyelar kenyataan tidak sensitif Ahli Parlimen Puchong Yeo Bee Yin yang ‘gembira; dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengekalkan hukuman penjara kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila Titah Addendum terhadapnya dianggap bukan perintah sah.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Zambry Kadir mempersoalkan kenyataan wakil rakyat DAP itu yang didakwanya gembira atas penderitaan orang lain.

“Mengapa perlu meraikan? Jangan bergembira atas penderitaan orang lain.

“Hidup adalah satu kitaran. Ingat, pemimpin anda (DAP) juga tidak sempurna,” tempelak Zambry.

Dalam hantaran di Facebooknya pada Isnin Bee Yin mencatat “satu lagi sebab untuk meraikan penghujung tahun ini”, sambil berkongsi berita keputusan Najib kekal di Penjara Kajang.

Selain itu, Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari mengingatkan Bee Yin agar tidak perlu meraikan berlebihan.

“Tak perlulah sampai nak celebrate.. politik apa macam ni,” soal Ahli Parlimen Pasir Mas itu.

Sementara itu AJK Pas Pusat Datuk Seri Shahidan Kassim mengingatkan Bee Yin bahawa semua manusia tidak sempurna.

“Rakyat sedang melihat dan menilai. Meraikan kesusahan orang lain adalah satu kenyataan yang biadab dan tidak mencerminkan kepimpinan yang baik.

“Kita semua manusia tidak sempurna dan kuasa hanyalah sementara.Sifat kemanusiaan seharusnya kekal,” pesan beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat