Mesyuarat JPI PUO himpun tokoh industri profesional & penasihat strategik

Oleh Zihan Zari

IPOH – Politeknik Ungku Omar (PUO) terus mengukuhkan jalinan kerjasama dengan pihak industri melalui penganjuran Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Industri (JPI) PUO Bil. 2/2025 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Delta, PUO dekat sini baru-baru ini.

PUO dalam kenyataan berkata mesyuarat JPI dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan yang menghimpunkan barisan tokoh industri serta profesional yang berperanan sebagai penasihat strategik kepada PUO.

Antara penasihat strategik, Setiausaha Agung, Master Builders Association Malaysia (MBAM), Datuk Astaman Abdul Aziz; Penolong Pengurus, Telekom Malaysia Berhad (TM) , Ms. Dorene Packiamalar Daniel; Pengarah Projek, PCOM Technologies Sdn. Bhd., Akmal Rizalidris Hassan; dan Pengarah, Shukri Yusof and Co. (SYNC) Muhamad Shukri Yusof.

Selain itu, Chief Product Officer, CYTRON Technologies Sdn. Bhd., Choo Sui Hong; Pengarah Urusan, Eshia Associates Sdn. Bhd., Hj. Ezani Amir, Penolong Pengurus Besar Komersial, Orkim Sdn. Bhd., Rahimee Md Haza; Pengarah Urusan, Arabait Sdn. Bhd., Mohd Baihaqi Mohd Ghazali, Pemilik Syarikat, Adelia Mesra Dua Enterprise, Sideli Abdullah; dan Pengarah, Bahagian Kolaborasi Industri & Kebolehpasaran, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Dr. Riam a/p Chau Mai.

“Ahli mesyuarat yang duduk semeja tidak datang dengan hanya gelaran, tetapi dengan cadangan, solusi dan semangat kolaborasi. Daripada memperkemas kurikulum, menyuntik teknologi terkini dalam pembelajaran hingga membina laluan lebih mudah untuk pelajar menembusi pasaran kerja, ”kata kenyataan itu.

Dalam kenyataan yang sama, Pengarah PUO, Dr. Hjh. Salmi Che Meh berkata mesyuarat ini memberi peluang kepada PUO memahami dari industri apa yang perlu diperkasa. Bila mereka sudi kongsi ilmu dan cabaran sebenar, PUO dapat bertindak lebih tepat untuk melahirkan graduan relevan.

Menurut beliau, JPI ini bukan hanya simbolik. Ia cerminan komitmen PUO untuk tidak hanya mengajar malah menyediakan pelajar menyertai dunia Industri sebenarnya kelak.

“JPI ini juga sebagai platform utama perbincangan hala tuju pengajian, mesyuarat ini memberi fokus kepada pembangunan kurikulum berasaskan keperluan industri dan strategi meningkatkan kebolehpasaran graduan,”katanya.

Katanya lagi, antara agenda penting yang dibincangkan termasuklah pengukuhan hubungan industri-institusi, penyelarasan teknologi terkini dalam pembelajaran, serta cadangan penambahbaikan program pengajian bagi memenuhi keperluan tenaga kerja masa hadapan.

“Pandangan dan maklum balas daripada ahli JPI amat dihargai kerana ia menyumbang secara langsung kepada peningkatan kualiti penyampaian Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di PUO, ”ujarnya.

Tambahnya, PUO kekal komited menjadi institusi TVET unggul di Malaysia dengan melibatkan pemegang taruh industri secara aktif dalam pembangunan modal insan negara.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat