Jangan kurang ajar, kerjasama politik bukan lesen biadab – Armand Azha sekolahkan MP PH

KUALA LUMPUR – Ketua Umno Subang Datuk Armand Azha Abu Hanifah menyelar tindakan ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) yang ‘seronok’ apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpmur mengekalkan hukuman penjara terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Armand berkata, beliau memang sudah menjangkakan keputusan mahkamah hari ini namun beliau membidas tindakan pemimpin dan penyokong PH yang terlalu seronok menyalak dan bersorak dengan keputusan hari ini.

“Keputusan mahkamah hari ini, jujur aku cakap, memang dah dijangka. Tapi aku nak pesan terus terang pada pemimpin dan penyokong PH yang terlalu seronok menyalak dan bersorak dengan keputusan hari ini korang jangan kurang ajar.

“Jangan buat macam kami ni bodoh. Jangan buat macam perjuangan kami ni kosong.

“Kami tak pernah berhenti perjuangkan keadilan untuk Najib dan korang ingat senang-senang boleh hina, perlekeh, dan sentuh sensitiviti kami hanya sebab hari ini korang rasa “menang”?

“Ingat satu benda, kerjasama politik dalam kerajaan bukan lesen untuk biadab dan bukan juga tiket untuk pijak perasaan rakan sendiri dan bukan alasan untuk hilang adab dan kemanusiaan.

“Kalau tak mampu hormat pendirian orang lain, jangan harap kami senyap. Kami lawan dengan prinsip, kami berdiri dengan maruah,” tegas Armand sambil berkongsi status Facebook Ahli Parlimen Puchong Yeo Bee Yin yang menulis “satu lagi sebab untuk meraikan penghujung tahun ini” dan Ahli Parlimen Subang (PKR) Wong Chen menulis ‘justice lives’.

Armand juga mengingatkan bahawa pihaknya tidak akan tunduk hanya sebab kuasa sementara.

“Berkata benar walaupun pahit.

“Kami tak pernah lari atau kecewa dalam perjuangan keadilan buat Bossku,” tegas Armand.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat