Ahli Parlimen PH rai keputusan mahkamah terhadap Najib

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Puchong (DAP) Yeo Bee Yin nampaknya ‘senang’ dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk melaksanakan Titah Addendum, supaya beliau menjalani baki hukuman penjara melalui tahanan rumah.

Dalam hantaran di Facebooknya pada Isnin Bee Yin mencatat “satu lagi sebab untuk meraikan penghujung tahun ini”.

Sementara itu Ahli Parlimen Subang (PKR) Wong Chen juga berpendapat sama apabila menulis ‘justice lives’ dengan keputusan Najib gagal dapat perintah tahanan rumah.

Bukan cuma itu, netizen di laman Facebook DAP juga bernada sama apabila rata-ratanya meninggalkan komen antaranya berbunyi, berita baik untuk rakyat Malaysia; bangga dengan sistem kehakiman Malaysia; hadiah Hari Natal; keadilan hidup dan hadiah Krismas terbaik daripada Madani.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat