Semua agensi diarah bersiap sedia hadapi cuaca buruk – Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri mengeluarkan arahan kepada semua agensi terbabit bersiap sedia menghadapi segalan kemungkinan memandangkan Jabatan Meteorologi mengeluarkan arahan ribut petir dan hujan lebat di Negeri Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak.

Ismail Sabri juga mengingatkan penduduk di kawasan terbabit mengambil langkah berjaga-jaga.

“Kepada penduduk di kawasan terbabit, tolong ambil langkah sewajarnya dalam memastikan keselamatan anda dan keluarga sentiasa terjaga.

“Saya juga telah mengarahkan semua agensi terbabit agar bersiap siaga dalam menghadapi segala kemungkinan,” nasihat Perdana Menteri.

Terdahulu Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran ribut petir di Kuala Selangor, Gombak dan Hulu Langat, Bentong, Temerloh, Kuantan, Bera, Pekan, Rompin, Jelebu, Tangkak, Muar, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi termasuk beberapa daerah di Sabah dan Sarawak.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,612FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat