Jangan terpengaruh slogan Sabah for Sabahan – Nazri Aziz

TAWAU: Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menasihatkan rakyat Sabah agar tidak terpengaruh dengan kempen murahan sesetengah ahli politik negeri itu.

Mohamed Nazri menjelaskan pemimpin yang politik Sabah yang melancarkan kempen Sabah for Sabahan atau Selamatkan Sabah merupakan individu yang tidak bertanggungjawab.

Katanya, slogan yang dibawakan itu hanya semata-mata retorik politik semata-mata dan tidak dapat membantu memajukan Sabah.

“Nak selamatkan Sabah dari siapa? Tolong berdiri depan cermin, tengok diri sendiri dan tanya siapa yang rosakkan Sabah? Pemimpin dari Semenanjung?

“Yang selama ini dengan rakus merompak negeri Sabah ini pemimpin dari Sabah atau dari Semenanjung?

“Tengok juga cermin, kamu dulu naik dalam politik dari parti mana? Parti dari Semenanjung atau Sabah?

“Pemimpin seperti ini sangat tidak bertanggungjawab dan rakyat Sabah jangan terpengaruh dengan propaganda pemimpin tidak bertanggungjawab seperti ini,” katanya ketika berceramah dalam Program Jom Singgah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Balung di Tawau.

Mohamed Nazri juga menjelaskan Sabah sebagai salah satu negeri dalam Malaysia tidak pernah dianak tirikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Mengukuhkan hujahnya, Mohamed Nazri mengingatkan kembali insiden pencerobohan oleh kumpulan militan Sulu di Tanduo, yang dianggap sebagai ancaman keselamatan tertinggi terhadap kedaulatan Malaysia.

Katanya jika kerajaan BN tidak menganggap Sabah penting dan sebahagian dari Malaysia, rakyat di Lahad Datu akan dibiarkan berdepan militan Sulu bersendirian.

“Tetapi kerana kita ini satu negara, kita ini bersaudara, cubit peha kanan peha kiri pun terasa, maka kerajaan yang ketika itu diterajui BN menghantar tentera yang terdiri dari mereka dari negeri-negeri lain di Semenanjung untuk mempertahakan Sabah.

“Kalau orang Semenanjung tidak pedulikan Sabah, bila jadi kes di Lahad Datu, kami buat tak tahu sahaja.

“Tetapi itu tidak berlaku kerana kita mengambil berat tentang Sabah kerana kita semua satu negara dan kita bersaudara, kita bersama pertahankan Sabah,” katanya lagi.

Program Jom Singgah DUN Balung merupakan sebahagian siri kempen BN pada Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 .

BN menamakan Erwan Palette sebagai calon untuk bertanding pada PRN Sabah kali ini.

Pada PRN Sabah ke-17, BN bertanding di 45 daripada 73 DUN dengan 81 peratus calon merupakan muka baharu termasuk hampir separuh merupakan golongan profesional dan muda.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 25 Nov bagi undi awal manakala 29 Nov sebagai hari pengundian.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat