Peserta demo bantah perjanjian ART, ingat kuat sangatkah nak lawan AS, cerdiklah sikit – Nazri Aziz

TAWAU – Bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) mengingatkan pengkritik Kerajaan Madani tidak menjadikan Amerika Syarikat (AS) sebagai musuh Malaysia.

Nazri bahkan menempelak puak yang menjaja kononnya kedaulatan Malaysia akan tergadai impak daripada Perjanjian Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan AS.

“Isu tarif ini penting, tak usahlah bermusuh dengan AS, cari jalan baik boleh berjumpa mencari titik temu. Malaysia perlu cuba berkawan dengan negara-negara kuasa besar – AS, China, India dan Rusia.

“Yang dok berdemonstrasi ni, kamu ingat kamu kuatkah nak lawan dengan AS? soal Nazri.

Beliau yang juga bekas Menteri Kabinet menegaskan melalui penyertaan dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) , Malaysia telah mendapat pengiktirafan sebagai sebuah negara berdaulat daripada semua negara di dunia, justeru tidak timbul isu kedaulatan negara ternoda akibat perjanjian ART itu.

“Dakwaan kononnya perjanjian ART ini mengakibatkan Malaysia menyerahkan kedaulatan kita, soal kedaulatan negara tidak boleh dirunding. Tiada siapa boleh paksa Malaysia serah kedaulatan kepada AS, cerdiklah sikit.

“Tak ada sebab kita nak bergaduh sebab isu kedaulatan ternoda.

“Tidak ada perjanjian yang buatkan apa yang dia buat kita kena ikut, tunggu masanya. Kebimbangan itu tak akan berlaku,” jelas beliau dalam audio siar SuaraTV.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat