Politik kami isu rakyat bukan kejar populariti – Exco Pemuda UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemuda Umno tidak berpolitik untuk populariti sebaliknya membawa suara rakyat.

𝘌xco 𝘗𝘦𝘮𝘶𝘥𝘢 𝘜mno Shah Zanuriman Nuar Paras Khan berkata, Pemuda Umno bergerak untuk memastikan setiap isu sensitif, khususnya yang melibatkan agama, bangsa, dan kedaulatan negara, tidak dipermainkan oleh mana-mana pihak.

“Sebagai sebahagian daripada kepimpinan Pergerakan Pemuda Umno, saya ingin tegaskan bahawa kami tidak akan pernah gentar untuk menyuarakan kebenaran, walaupun ia melibatkan tokoh besar dalam kerajaan.

Kepentingan rakyat, agama Islam, bangsa Melayu, “dan institusi Raja adalah prinsip asas yang tidak akan kami kompromi,” katanya dalam kenyataan media malam tadi.

Menurut Shah Zanuriman lagi, di bawah kepimpinan Datuk Dr Akmal Saleh, Pemuda Umno kekal sebagai benteng yang tegas dan lantang dalam mempertahankan hak rakyat.

“Apabila Anthony Loke cuba memperlekehkan Ketua Pemuda kami sebagai “low level,” ia bukan sahaja tidak wajar, malah membuktikan beliau jauh dari realiti akar umbi.

Apakah suara rakyat yang diperjuangkan Dr Akmal dianggap “low level”?

“Jika ya, ini menunjukkan pemimpin seperti beliau sudah lupa tanggungjawab sebenar sebagai pemimpin negara.

“Bila Dr Akmal menegur kenyataan Nga Kor Ming, ia adalah tindakan berprinsip, kerana kami tidak lupa bagaimana pentadbiran PH selama 22 bulan turut mencatat sejarah dengan pelbagai kelemahan dan skandal, termasuk isu terowong bawah laut Pulau Pinang dan banglo tanpa kolam renang.

“Jika DAP mahu bercakap tentang “salah laku” kerajaan terdahulu, cerminlah diri dahulu. Jangan gunakan retorik lama untuk berlagak hero, kerana rakyat hari ini bijak menilai,” bidas Ketua Pemuda Umno Bahagian Selayang itu.

Beliau malah menegaskan, Pemuda Umno tidak akan berdiam diri.

“Kami adalah suara rakyat dan akan terus menjadi mekanisme semak dan imbang yang kritis walaupun berada dalam Kerajaan Perpaduan.

“Kami tidak tunduk kepada sesiapa kecuali prinsip perjuangan.

“Inilah Pemuda Umno – tegas, berani, dan sentiasa mendahulukan rakyat,” kata beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat