“Umno kena buat EGM dulu kalau nak sokong PH” – Jalaluddin Alias

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebelum ini Umno pernah membuat ketetapan untuk tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan sekiranya pendirian itu hendak di ubah maka parti harus memanggil mesyuarat agung luar biasa (EGM).

Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias menegaskan, perubahan pendirian itu tidak boleh dilakukan oleh individu sebaliknya kesepakatan parti secara keseluruhannya.

“Saya harus teliti dengan keputusan yang diambil kepimpinan parti, kerana sebagai Ahli Parlimen saya akan lihat dulu keputusan.

“Kita tidak buat sebarang keputusan untuk bersama (sokong PH) saya masih lagi berpegang dengan keputusan yang dibuat Umno, yakni tidak akan bekerjasama dengan PH.

“Kalau nak kerjasama dengan PH parti perlu panggil EGM (Mesyuarat Agung Luar Biasa) tidak boleh diputuskan sesiapa sahaja sebab ia sudah diputuskan sebelum ini,” tegas Jalaluddin ketika ditemui media di lobi Menara Datuk Onn pada Selasa.

Beliau malah menegaskan tidak akan berganjak daripada ketetapan yang diputuskan parti sebelum ini dan jika ada ketetapan baru ia mesti senada dengan semua ahli Parlimen.

“Saya tetap dengan keputusan saya bertanding di atas tiket BN.

“Malah parti sudah buat keputusan sebelum ini, kalau ada keputusan selain itu maka perlu ada ketetapan baru yang dipersetujui semua Ahli Parlimen,” tegas beliau.

Hari ini merupakan hari penentu pembentukan Kerajaan Persekutuan dan gabungan parti politik wajar mengemukakan nama calon Perdana Menteri yang memperolehi majoriti dan kepercayaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat