“Pilihan hati dah ada, tapi kena ikut pilihan parti “- Saravan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Parti komponen Barisan Nasional (BN) harus akur dengan keputusan kolektif parti dalam penentuan gabungan parti politik untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

Menurut Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan meskipun beliau sudah mempunyai pilihan hati namun tetap perlu mengikut pilihan parti.

“Pilihan hati (parti gabungan) dah ada. Tapi kena tengok pilihan parti.

“Walaupun ada pilihan hati, masih kena ikut pilihan parti,” ujarnya ringkas ketika ditemui media di lobi Menara Datuk Onn pada Selasa.

BN hari ini perlu membuat keputusan memilih gabungan parti yang akan disokonh bagi menubuhkan Kerajaan Persekutuan.

Difahamkan mesyuarat Dewan Tertinggi BN hari ini akan membuat keputusan dan sekali gus menandatangani akuan berkanun (SD) sokongan kepada gabungan parti politik yang disokong.

Yang di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melanjutkan proses bagi ketua parti dan gabungan politik untuk menghantar persepakatan pembentukan kerajaan dan nama calon Perdana Menteri, sehingga pukul 2 petang hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat