GPS Pilih Bersama PN, BN Dan GRS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah mengemukakan cadanganuntuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan dengan gabungan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, gabungan cadangan ini mewakili kerangkuman masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

“Memandangkan kepada kemelut politik di Semenanjung Malaysia, GPS berpendirian bahawa mandat rakyat hendakhlah dihormati.

“Oleh itu, GPS menyerahkan kepada kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong mengikut kuasa yang diperuntukan kepada Baginda dalam
Perlembagaan Malaysia untuk melantik Perdana Menteri yang akan mengetuai kerajaan yang kukuh untuk mentadbir negara,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

GPS menegaskan bahawa kepentingan negara adalah lebih diutamakan dan penubuhan kerajaan yang stabil mengambilkira kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan peribadi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat