30 MP BN tak tandatangan SD – Jalaluddin Alias

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – 30 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang hadir mesyuarat Dewan Tertinggi BN hari ini tidak menandatangani sebarang akuan berkanun (SD) menyokong mana-mana gabungan parti politik.

Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias menegaskan, semua ahli Parlimen BN yang menang PRU15 bersolidariti untuk tidak cenderung kepada mana-mana parti politik.

“Kita sudah buat keputusan,Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Kadir
akan mengeluarkan kenyataan.

“Tidak ada sebarang SD ditandatangani. 30 ahli Parlimen BN mesyuarat dalam keadaan tenang, tiada kecenderungan,” jelas beliau.

Jalaluddin berkata demikian ketika ditanya keputusan mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang bermesyuarat kira-kira 2 jam pagi tadi.

Bagaimanapun, masih belum ada pengumuman rasmi sama ada BN memilih untuk bersama gabungan politik atau menjadi pembangkang sekali lagi di Dewan Rakyat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat