Jadi pembangkang pun tiada masalah, asal bukan PH – Hishammuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bendahari Agung Barisan Nasional, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan pendiriannya begitu jelas dan tidak akan berkompromi dalam apa jua formula dan rundingan.

Tegasnya lagi, jika tiada persefahaman dan kata putus, adalah lebih baik Barisan Nasional (BN) berperanan sebagai pembangkang.

“Terdapat banyak spekulasi ketika ini tentang apa yang sedang berlaku.

“Dalam apa jua formula atau rundingan, pendirian saya jelas dan tidak akan saya kompromi.

“Sekiranya masih tiada persefahaman dan kata putus, adalah lebih baik BN berperanan sebagai pembangkang dan saya bersedia untuk itu.

“Apa jua yang terjadi, saya akan tetap setia bersama UMNO dulu, kini dan selamanya; serta akan bekerja keras demi memulihkan UMNO dan BN bersama rakan-rakan yang lain.” katanya.

Terdahulu pada Isnin melalui kenyataan Facebooknya beliau menegaskan dalam beberapa hari ini tetap menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan.

Menurutnya beliau rela dipecat oleh parti namun tidak akan sesekali mengubah pendirian teguh ini iaitu No Anwar, No DA. Jika pihak yang merasakan boleh mengambil tindakan memecatnya kerana berpegang kepada pendirian ini, beliau mempersilakan.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat