Anwar PM ke-10?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Desas-desus siapa bakal Perdana Menteri ke-10 semakin hangat berikutan jam 2 petang telah melepasi waktunya.

Ketika ini difahamkan, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azizan Harun telah tiba di Istana Negara kira-kira sekitar jam 1.40 petang tadi.

Menurut laporan Malaysiakini, media yang ditempatkan di luar pejabat Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Gasing melaporkan, pengiring polis telah tiba di lokasi tersebut.

Sehubungan itu, Anwar dijangka akan menuju ke istana tidak lama lagi.

Bagaimanapun, BN dilaporkan mengelak daripada menyokong mana-mana gabungan.

Justeru, sama ada Anwar bakal mengangkat sumpah hari ini masih menjadi tanda tanya.

Sementara itu, di Bukit Damansara, semakin ramai pengunjung yang datang ke rumah Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin walaupun tiada pengiring polis setakat ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat