1,096 Kes Baru Covid-19, Selangor Terus Catat Jangkitan Tertinggi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kes positif Covid-19 masih empat angka hari ini dengan merekodkan 1,096 kes sehingga jam 12 tengah hari.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan kes kumulatif di Malaysia sebanyak 54,775 kes dengan kebolehjangkitan pula sebanyak 12,843 kes.

Menurutnya, hari ini, sebanyak 1,104 kes pulih menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 ialah 41,597 kes .

“Sehingga kini, terdapat 106 kes positif sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 46 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Selain itu, tiga kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian adalah 335 kes,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, pesakit yang meninggal dunia masing-masing dua lelaki dan wanita berusia 68 hingga 90 tahun dengan semuanya di Sabah.

Katanya, tiga lagi kluster baharu direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini membabitkan Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan dan Kedah.

Menurutnya, Kluster Pengkalan Barat dikesan di daerah barat daya Pulau Pinang, Kerian, Kuala Kangsar dan Kinta di Perak apabila 19 daripada 251 individu disaring disahkan positif.

“Kluster Bakti pula membabitkan sebuah penjara di Seremban dengan kes indeks ialah seorang banduan dan seramai 16 individu disahkan positif bagi kluster ini.

“Bagi Kluster Bayam Indah membabitkan daerah Kulim dan Kuala Muda dengan 10 individu disahkan positif selepas saringan dijalankan terhadap 70 individu,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, hari ini, Selangor mencatatkan kes positif tertinggi dengan 603 kes manakala Sabah merekodkan 139 kes.

Katanya, peningkatan kes di Selangor disebabkan pertambahan kes bagi Kluster Teratai yang merekodkan 502 kes. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat