Puad Nasihatkan Annuar Agar Jangan Jadi Ketua Penerangan Parti Lain

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menasihatkan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berhenti menjadi ketua penerangan bagi parti lain.

Puad berkata, beliau berulang kali mendengar temubual Annuar dengan UMNO Online yang dihoskan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan Sufian.

Bagaimanapun, katanya, apa yang mahu difokuskannya adalah kenyataan Annuar bahawa “UMNO lupa kita datang dari parti yang jatuh dan kalah. Layanan macam mana yang kita mahu.”

“Betul, UMNO kalah di Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. Tetapi UMNO menang kerusi terbanyak. Cuma gagal mencari rakan yang cukup untuk membentuk kerajaan.

“Bersatu menang 13 kerusi sahaja tetapi bersama DAP, PKR, Warisan dan Amanah berjaya menubuh kerajaan Pakatan Harapan (PH). UMNO mengiktiraf kerajaan PH. Tiada darurat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bekas Ahli Parlimen Batu Pahat itu berkata, selepas 22 bulan memerintah, PH tumbang lalu lahirnya kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“PN adalah kerajaan baharu. Dokongan bersama, tidak timbul siapa kalah, siapa menang walaupun kerusi UMNO masih terbanyak.

“Maka sebagai dokongan baru ia mesti dikongsi dengan cara yang baru. Itu yang Presiden UMNO sebut di Dewan Rakyat, tidak timbul “siapa berbudi, siapa yang terhutang budi”,” katanya.

Justeru, beliau berkata, UMNO hanya mahukan kejujuran politik yang tidak menikam belakang.

“Kalau mahu dibahas, siapa kalah siapa menang, senario selepas PRU14 telah berubah. UMNO menang tujuh Pilihan Raya Kecil (PRK). UMNO kalahkan Bersatu dua kali ketika PH masih berkuasa iaitu di Semenyih dan Tanjung Piai.

“UMNO mengalahkan semua parti gabungan PH kecuali Amanah. UMNO mengalahkan DAP di Cameron Highlands, PKR di Rantau dan Warisan di Kimanis.

“Bahkan Bersatu sekarang ini didokong oleh 15 Ahli Parlimen yang lompat daripada UMNO.

“Maka atas asas apa Annuar mahu mengatakan Bersatu ini parti menang. Zaman kebanggaan PH menang PRU14 sudah berakhir,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat