‘Kalau Muhyiddin itu PM mereka beratur dari Tambak Johor sampai pintu pagar Perdana Putra cium tangan Presiden’

KUALA LUMPUR – Keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Hadi Awang menolak cadangan membentuk kerajaan dengan DAP adalah suatu ijtihad politik yang betul.

Pihak yang mempersoalkan keputusan ini mungkin orang-orang yang tidak sabar hendak jadi kerajaan, bidas bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Muhyiddin, Datuk Dr Marzuki Mohamad.

“Muhyiddin tidak berbincang dengan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu sebelum membuat keputusan untuk menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan bersama DAP selepas PRU-15. Tidak salah, sebab telah menjadi dasar Bersatu untuk tidak bekerjasama dengan DAP. Presiden bertindak mengikut dasar parti.

“Adakah Muhyiddin bertindak secara bersendirian? Tidak. Turut bersama Tan Sri Muhyiddin dalam sesi menghadap Yang Di-Pertuan Agong pada ketika itu ialah Tan Abdul Hadi Awang, Presiden Pas. Dasar Pas juga ialah untuk tidak bekerjasama dengan DAP.

“Adakah keputusan ini betul? Lain padang lain belalang. Lain orang lain pandangan. Bagi saya ia satu keputusan yang betul.

“Kalau ia satu keputusan yang salah, PN pastinya telah kalah teruk dalam Pilihanraya Negeri 2023. Tetapi faktanya tidak. PN menang besar di empat buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. PN juga hampir menang di Selangor, iaitu negeri kubu kuat PH.

“PN turut membuat “inroads” yang signifikan di Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. Sebab sebahagian besar pengundi Melayu yang menyokong Umno dalam PRU 15 telah beralih arah menyokong PN dalam PRN 2023. Kenapa mereka beralih arah? Sebab mereka tidak menyukai keputusan pemimpin mereka membelakangkan dasar parti iaitu “No Anwar, No DAP” dengan membuat keputusan bekerjasama dengan DAP,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Rabu.

Marzuki menjelaskan, Bersatu tidak bincang dalam MPT keputusan menolak kerjasama dengan DAP. Kesannya, penyokong Bersatu kekal menyokong Bersatu. Malah, penyokong Umno beralih arah menyokong Bersatu. Let the facts speak for itself.

Beliau juga mendakwa, kerjasama dengan DAP pun boleh, langgar dasar parti pun boleh, asalkan jadi kerajaan.

“Bagi mereka kuasa adalah segala-galanya. By hook or by crook mesti dapatkan kuasa. Machiavelli kata “end justifies the means”. Ya, mereka adalah pengikut Machiavelli.

“Dalam dunia politik hari ini, tidak salah menjadi pengikut Machiavelli. Malah ramai yang menganut ajarannya sama ada secara sedar atau tidak. Ajarannya yang paling berbisa ialah “power is virtue”. Kuasa adalah suci dan lambang kehormatan diri. Betul atau salah caranya belakang kira.

“Sebab itu, anda akan dipersoalkan apabila anda gagal mendapatkan kuasa walaupun cara anda itu betul. Sebaliknya, anda akan disanjung apabila anda berjaya mendapatkan kuasa walaupun cara anda itu salah. Itulah yang berlaku dalam kalangan segilintir orang Bersatu.

“Presiden dipersoal walaupun yang dibuat itu betul. Kenapa? Sebab Presiden bukan Perdana Menteri dan parti bukan parti kerajaan.

“Kalau Presiden adalah Perdana Menteri, jangankan kutip SD, mereka akan beratur dari Tambak Johor hinggalah ke pintu pagar Perdana Putra untuk cium tangan Presiden.

“Malah ada yang kata Presiden mesti “direhatkan” kerana kononnya itu adalah syarat yang dikenakan oleh parti yang berada di dalam kerajaan sekarang untuk Bersatu diterima membentuk kerajaan bersama mereka. Entah ya, entah tidak.

“But this is Machevelian politics at its finest. Mereka berkehendakkan kuasa dan ia mesti berlaku sekarang. Buatlah apa cara sekali pun asalkan dapat kuasa.

“Tetapi segelintir orang ini mungkin tidak menyedari akan perubahan landskap politik pilihan raya yang sedang melanda negara kita secara konsisten.

“Sejak hampir dua dekad lalu, menjadi kerajaan tidak menjamin kelebihan dalam pilihan raya.

“Kerajaan yang ada hari ini pun tidak popular. Bermungkinan boleh kalah dalam pilihan raya. Jadi, janganlah gelojoh sangat,” tegur beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat