Anthony Loke sedang usaha kurangkan kehadiran lori di jalan raya

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) serta Perbadanan Aset Keretapi (RAC) berbincang dalam usaha menjayakan dasar “Road to Rail”.

Menteri Pegangkutan Anthony Loke berkata, MOT dan pihak berkepentingan berkenaan sedang mengusahakan penggunaan kereta api untuk mengangkut barang sekali gus menggantikan penggunaan lori.

“Saya sedang mempengerusikan mesyuarat bersama KTMB dan RAC berkenaan usaha mempertingkatkan penggunaan kereta api untuk mengangkut barangan.

“Saya menekankan dasar “Road to Rail” mesti diperhebatkan dan hujah menggunakan lori “lebih murah” mesti diperbetulkan. Mendapat kadar murah melalui overloading tidak boleh diterima.

“Setiap kali barangan diangkut melalui kereta api menggunakan 40 gerabak, 80 lori dapat dikurangkan di jalan raya kita, sekaligus mengurangkan risiko kemalangan dan juga kesesakan jalan raya,” tegas beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat