Planetarium Negara kembali operasi 12 November, masuk percuma 3 hari pertama

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Planetarium Negara akan kembali beroperasi dan membuka pintunya kepada orang awam pada 12 November 2021.

Berita gembira itu disampaikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Dr Adham Baba.

“Sukacita saya kongsikan di sini, tiada sebarang bayaran dikenakan pada tiga hari pertama pembukaan semula planetarium negara iaitu pada 12 hingga 14 November 2021.

“Namun, orang ramai diingatkan untuk sentiasa patuh kepada SOP sebagaimana digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” ujar Dr Adham pada Jumaat.

May be an image of indoor

Kata beliau pada pelancaran Big Bang Astronomy 2021 awal hari ini, MOSTI meraikan pakar sains astronomi dan sains angkasa tempatan.

“Saya berharap agar pembudayaan sains astronomi dan angkasa dipupuk di kalangan generasi muda agar lebih ramai menceburi bidang ini di masa hadapan,” kata beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat