Nama tercalar, tawaran lesap

- Advertisement -

Annyeonghaseyo! Ketika namanya berada di kemuncak kegemilangan, karier pelakon Kim Seon-ho berubah 360 darjah sekelip mata, kelmarin.

Semuanya gara-gara pengakuan bekas kekasihnya yang membongkar sikap sebenar pelakon itu.

Didakwa sebagai lelaki tidak bertanggungjawab, pelakon siri Hometown Cha Cha Cha itu juga tergamak menyuruh bekas kekasihnya itu menggugurkan kandungan hasil hubungan mereka.

Tidak cukup dengan itu, dia didakwa memberi layanan buruk kepada ramai orang sekelilingnya.

Ia disusuli permohonan maafnya serta pengakuan bersalah dan reputasi dibina bertahun-tahun ranap begitu saja.

Dia turut digugurkan daripada program 2 Days & 1 Night musim keempat serta dua filem akan datang.

Begitulah penangan pendedahan mengejut itu yang jelas memperjudikan masa depan kariernya selepas ini.

Pastinya di mata ramai, ia satu kerugian yang cukup besar apatah lagi bakat Seon-ho sebagai pelakon sangat luar biasa.

Tidak mungkin kontroversi ini akan berlalu begitu saja dan tetap tercatit dalam profil seninya.

Mana-mana pihak juga pastinya akan berfikir panjang serta berhati-hati untuk memberikan tawaran, itu pun jika ada pada masa hadapan.

Senario ini bukan perkara baharu dalam industri hiburan Korea Selatan kerana beberapa selebriti pernah berdepan dugaan sama.

Yang mereka termampu lakukan hanyalah berehat seketika daripada industri hiburan selain membersihkan nama.

Namun, dalam kes Seon-ho ini nampaknya tidak akan semudah itu kerana bukan saja dia sudah mengaku salah, malah pelbagai tawaran untuknya ditarik balik.

Kepercayaan itu perlu diraih semula tetapi tentu sekali mengambil masa.

Namun, keberaniannya mengaku kesilapan dibuat itu harus dipuji kerana jelas dia sangat menyesal.

Bekas kekasihnya pun turut memaafkannya dan begitu juga peminat yang tidak henti memberikan sokongan.

Melihat ruangan komen di Instagram rasminya, dia dibanjiri kata-kata semangat yang bertalu-talu membuktikan dia masih disayangi. Sekurang-kurangnya, ada sinar kariernya masih boleh diterima selepas ini.

Terdahulu, seorang wanita yang enggan identitinya didedahkan memuat hantaran paling menggemparkan dunia hiburan pada awal minggu ini.

Dia membongkar kisahnya menjadi mangsa permainan seorang pelakon lelaki.

Walaupun tidak menamakan pelakon itu, Seon-ho serta-merta terkait yang mana kebetulan namanya turut menjadi bualan selepas kejayaan Home Cha Cha Cha.

Sejurus itu, dia tampil dengan pengakuan bahawa dialah pelakon dimaksudkan.

Lihatlah betapa sepantas kilat saja kerjaya serta legasi dibinanya selama ini menjadi gelap.

Ternyata nasib sangat tidak menyebelahinya untuk terus kekal sebagai pelakon yang memiliki reputasi bersih.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat