Tak kejar populariti

- Advertisement -

PADA usia 60 tahun, Razis Ismail masih lagi aktif melantunkan suaranya sebagai penyanyi.

Namun, baharu sahaja beberapa minggu memulakan tugas membuat persembahan di restoran di D’Empangan Udang Galah, Putrajaya, dia bersama rakan-rakan seangkatan terpaksa berehat pula selepas kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), baru-baru ini.

Bukan lagi soal glamour dan populariti, Razis kini bekerja untuk mencari rezeki dan itu menjadi keutamaannya.

“Kalau nak bercakap pasal glamour atau populariti, zaman itu sudah berlalu untuk kami. Sekarang, yang jadi keutamaan adalah untuk mencari rezeki,” katanya.

Tampil membuat persembahan setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, kehadiran Razis sedikit sebanyak mengubat kerinduan peminat-peminatnya yang kini menjadi pelanggan setia restoran itu.

“Pemilik restoran itu namanya Datin Ina dan saya mula mengenalinya sejak 2018. Jadi, dari situ, saya dan rakan-rakan kerap menerima jemputan untuk membuat persembahan di sana.

“Jadi, bila dapat kembali membuat persembahan setiap minggu, rasa terubat kerinduan untuk menghiburkan peminat-peminat dengan lagu-lagu kami,” katanya.

 

RAZIS bersama rakan-rakannya yang juga artis veteran tanah air.  FOTO: Nur Adibah Ahmad Izam
RAZIS bersama rakan-rakannya yang juga artis veteran tanah air. FOTO: Nur Adibah Ahmad Izam

 

Akur dengan arahan kerajaan, Razis kini berehat dan banyak menghabiskan waktunya di rumah bersama keluarga.

“Mahu atau tidak, kita sebagai rakyat terpaksa akur kerana ini juga membabitkan faktor keselamatan. Jadi, saya banyak habiskan masa di rumah di samping menjalankan tugas saya sebagai ahli jawatan kuasa surau di kawasan kediaman saya,” katanya.

Bagaimanapun, Razis bersyukur kerana tidak terlalu terkesan dari segi kewangan.

“Alhamdulillah, saya dan keluarga masih dapat hidup dengan rezeki yang ada. Tambahan pula, anak-anak saya pun semuanya sudah bekerja dan banyak membantu. Yang membuatkan saya rasa simpati adalah rakan-rakan yang kurang bernasib baik kerana ada dalam kalangan mereka†yang kehilangan mata pencarian.

“Bukan saja rakan-rakan seperjuangan dalam industri seni, bahkan saya tahu banyak sektor dan industri terjejas akibat pandemik ini dan juga PKPB,” katanya.

Selain Razis, turut tampil membuat persembahan adalah rakan-rakan seperjuangannya seperti Hail Amir, Ibnor Riza dan Shidee yang popular dalam era masing-masing.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat