Enggan pulang bercuti

- Advertisement -

ANNYEONGHASEYO! Demi nusa dan bangsa, penyanyi Minho yang juga anggota SHINee sanggup mengorbankan cuti terakhirnya selama 20 hari di kem tentera sebelum tamat menjalani khidmat ketenteraan untuk melatih peserta lain walaupun dia sudah dibenarkan untuk pulang pada 27 Oktober ini.

Keputusannya itu membuatkan pihak Marine Corps, tempat dia menjalani khidmat ketenteraan itu berbesar hati.

Wakil Marine Corps dalam satu kenyataan berkata, Minho secara sukarela mahu meneruskan latihannya sehingga 15 November depan.

“Ketika ini, cuti tentera dirombak berikutan pandemik Covid-19. Mereka boleh menggunakan cuti terakhir selama hampir sebulan itu untuk pulang terus tanpa perlu kembali semua ke kem.

“Bagaimanapun, seorang tentera marin mengorbankan cuti terakhirnya untuk terus menyertai latihan bersama rakannya yang lain. Tentera itu adalah Choi Min Ho yang menggalas tugasan sebagai pertahanan tindakan pantas untuk Divisyen Pertama,” katanya.

Penyanyi terbabit dilaporkan bersungguh-sungguh untuk tidak mahu mensia-siakan apa yang dipelajarinya.

Justeru, dia ingin menghabiskan hari-hari terakhirnya untuk menurunkan ilmu kepada pelatih lain.

“Mengikut perancangan asal, Minho akan tamatkan perkhidmatannya dari rumah saja pada 15 November ini manakala hari terakhirnya berada di kem pada 27 Oktober. Bagaimanapun, dia memutuskan untuk terus tinggal saja di sana.

“Dia masih mahu terbabit dalam latihan untuk mempertahankan negaranya. Dia juga mahu memberi tunjuk ajar kepada pelatih muda mengenai selok-belok teknik serta taktik yang sudah dikuasainya,” katanya.

Pihak kem terbabit juga ternyata sangat berbesar-hati dan menyenangi Minho sepanjang dia berada di sana. Penyanyi itu disifatkan memiliki keperibadian terpuji yang memberi impak besar sepanjang perkhidmatannya.

“Dia banyak menyertai pelbagai jenis latihan dan sangat dipercayai senior, junior serta pegawai disebabkan tata kerja terpuji, keikhlasan dan personaliti cerianya. Dia antara tentera marin yang menerima pujian luar biasa daripada pelatih lain.

“Minho juga mengatakan dia sangat gembira pengakhiran kepada latihannya itu sangat berjaya. Kami berjanji akan terus memberi sokongan

terbaik buatnya se hinggalahhari terakhir khidmatnya nanti,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat