Trend Rakyat Malaysia Bercuti Ke Luar Negara Jejas Aliran Mata Wang Ringgit

- Advertisement -

KUBANG PASU – Trend rakyat Malaysia melancong dan berbelanja di luar negara terutamanya Thailand akan menjejaskan aliran mata wang ringgit Malaysia (RM).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerajaan mengakui trend terbabit tidak sihat untuk ekonomi negara kerana aliran mata wang keluar akan lebih tinggi.

Katanya, situasi itu menjadi cabaran buat kerajaan dan juga pengusaha pelancongan untuk lebih agresif dan kreatif dalam mempromosi pelancongan.

“Ini adalah satu cabaran buat kita kerana trend ini akan merugikan, aliran wang keluar akan lebih tinggi,” katanya ketika sidang akhbar selepas Majlis Anugerah Transformasi Komuniti NCER di sini pada Khamis.

Minggu lalu, media tempatan melaporkan trend rakyat negara ini yang mengambil peluang bercuti ke negara Thailand sempena cuti Hari Malaysia.

Fenomena itu mendapat perhatian banyak pihak yang mendakwa bercuti ke luar negara akan menyaksikan lebih banyak aliran keluar mata wang ringgit Malaysia dan boleh memberi kesan buruk dalam jangka masa panjang.

Dalam perkembangan lain, Mustapa berkata, kerajaan yakin dapat mencapai sasaran sifar miskin tegar pada penghujung tahun 2025 dengan pendekatan baharu yang bersepadu dan lebih holistik.

Katanya, keyakinan itu berdasarkan kesungguhan kerajaan meningkatkan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak termasuk universiti, badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta bagi membantu golongan terbabit keluar daripada garis kemiskinan.

“Fasa pertama projek rintis itu telah pun selesai pada tahun ini yang dilaksanakan di 80 lokaliti untuk membantu golongan sasar.

“Sebanyak 110 lokaliti bagi fasa kedua pula akan bermula pada pertengahan Oktober ini dengan sasaran dapat membantu kira-kira 5,000 ketua isi rumah,” katanya.

Menurut Mustapa, sehingga 15 September lalu, terdapat seramai 130,709 orang miskin tegar.

“Kita yakin ia akan berkurangan, Malaysia sebagai sebuah negara yang banyak sumber seperti jabatan dan kerajaan negeri akan bersama-sama membantu mencapai hasrat ini,” katanya. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat