PRU-15 bukan musim tengkujuh

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tidak akan diadakan pada musim tengkujuh, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Menurutnya, dalam mesyuarat Jemaah Menteri semalam, walaupun tarikh pilihan raya merupakan antara topik yang dibincangkan, namun isu utama ialah mengenai persiapan menghadapi banjir.

“Biarlah perdana menteri yang umumkan kerana beliau berhak untuk menentukan tarikh (PRU15) yang sesuai.

“Kita memahami berkaitan bencana banjir dan perdana menteri juga mengambil kira atas nasihat daripada pihak Jabatan Meteorologi Malaysia,” kata Mahdzir menurut laporan Berita Harian.

Menteri Pembangunan Luar Bandar itu juga turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mempercayai semua dakwaan yang dibuat di media sosial berhubung bencana banjir.

“Di media sosial, cerita mengenai masalah banjir ini sudah jadi bermacam-macam (cerita), ada yang mengatakan pada Oktober, November dan Disember ini.

“Seeloknya, sumber yang tepat itu biarlah dikeluarkan oleh pihak yang bertanggungjawab,” katanya lagi.

Difahamkan, antara topik perbincangan mesyuarat Jemaah Menteri semalam ialah mengenai tarikh PRU-15.

Perkara ini menjadi topik hangat berikutan wujud desakan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar melakukan PRU-15 pada tahun ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat