Empat Presiden terawal Umno tak pentingkan diri seperti Zahid, kata Kit Siang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bolehkah Umno kembali kepada prinsip dan perjuangan seperti yang diterapkan empat Presiden terawalnya iaitu,Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak Hussein, dan Tun Hussein Onn yang mengutamakan khidmat sebelum kepentingan diri?

Demikian persoalan yang dibangkitkan veteran DAP, Lim Kit Siang.

Ini susulan ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan pemimpin Umno bersedia untuk meredah banjir sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan pada musim banjir.

Kit Siang menyeru Zahid untuk menarik balik kenyataan itu bagi membuktikan bahawa Umno masih sebuah parti yang bertanggungjawab dan peduli rakyat.

“Empat Presiden terawal Umno, Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Razak Hussein, dan Hussein Onn, tidak akan mengatakan perkara seperti itu atau menganggap kehilangan 54 nyawa dan kerosakan harta benda yang bernilai RM6.5 billion seperti yang berlaku semasa bencana banjir tahun lepas sebagai satu perkara tidak penting yang tidak perlu diendahkan, dan perkara ini menunjukkan betapa berbezanya Umno hari ini di bawah Zahid berbanding dengan Umno dalam hari-hari awalnya.

“Bolehkah Umno kembali kepada prinsip dan perjuangan empat pemimpin terawalnya – yang mengutamakan khidmat sebelum kepentingan diri? soal Kit Siang.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu malah berkata, tidak ada sesiapa pun yang berani untuk mencabar pemerhatian seorang pemerhati Umno yang mengatakan, dalam hari-hari awal parti tersebut, sukar untuk kita mencari ketua bahagian Umno yang merupakan seorang jutawan.

“Sebaliknya selepas enam dekad kemerdekaan, kini sukar untuk kita cari ketua bahagian Umno yang bukan seorang jutawan.

“Siapakah yang telah menerima manfaat dari Umno selama berdekad-dekad – orang Melayu dan rakyat Malaysia atau Umno-putra seperti Zahid?

“Kini, kita mempunyai satu lagi contoh di mana Zahid mengambil ringan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda rakyat yang melibatkan berbillion ringgit akibat musim tengkujuh dan bencana banjir – satu pendirian yang tidak akan dipegang oleh empat pemimpin Umno terawal,” ujar Kit Siang.

Beliau juga berkata, adalah tidak mengejutkanlah Umno telah menjadikan Malaysia sebuah syurga kleptokrat di dunia – juga satu perkara yang tidak akan dibiarkan oleh empat pemimpin terawal Umno.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat