99 Along Ditahan Di Pulau Pinang – Polis

- Advertisement -

GEORGETOWN – Polis Pulau Pinang menahan 99 individu terbabit dengan kegiatan pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau along dalam tempoh Januari hingga bulan ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata sebanyak 87 kes membabitkan kegiatan sindiket pinjaman wang tanpa lesen dengan kerugian RM809,738 dilaporkan sepanjang tempoh berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya merekodkan sebanyak 91 kes ceti haram sepanjang Januari hingga Disember 2020.

“Kes berkenaan dijangka meningkat jika orang ramai tidak peka tambahan pula ketika ini ramai yang terkesan selain banyak sektor yang sudah dibuka semula menyebabkan sindiket itu giat mencari mangsa.

“Justeru, kita minta orang ramai tidak mudah terpedaya dengan tawaran pemberi pinjaman wang,” katanya kepada media pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Mohd Shuhaily berkata jumlah kenderaan yang berada di jalan raya dapati menurun sehingga 28 peratus sepanjang empat hari pada 16 hingga 19 September lalu.

Katanya, ia menunjukkan orang ramai peka terhadap perkembangan semasa COVID-19 selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Menerusi pemantauan polis sepanjang empat hari berkenaan mendapati keadaan di kawasan tumpuan adalah memuaskan.

“Selain rondaan dan tinjauan, polis turut menggunakan dron bagi memantau lokasi seperti di pesisir pantai,” katanya lagi. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat