Negeri Sembilan Beralih Ke Fasa 4 PPN Berkuat Kuasa Jumaat Ini – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Negeri Sembilan mencatat rekod sebagai negeri pertama di Semenanjung yang beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Jumaat ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi satu kenyataan media berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang diadakan pada hari ini.

Menurut beliau, dua negeri lain iaitu Pahang dan Johor masing-masing akan beralih daripada Fasa 2 kepada Fasa 3 dan Fasa 1 kepada Fasa 2.

“Peralihan fasa ini mengikut garis panduan yang ditetapkan PPN dengan mengambil kira kemasukan ke hospital bagi kes bergejala, penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) serta peratusan lengkap divaksinasi.

“Keputusan ini juga dilakukan berdasarkan penilaian risiko semasa yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Ujarnya lagi, prosedur operasi standard (SOP) bagi negeri-negeri yang memasuki fasa dua, tiga dan empat adalah sama dengan sebelum ini.

Keterangan SOP terkini akan dikemaskini oleh MKN di laman sesawang rasmi www.mkn.gov.my.

Untuk rekod, Labuan menjadi wilayah pertama di negara ini yang beralih ke Fasa 4 PPN pada 26 Ogos lalu apabila mencapai 92.4 peratus vaksinasi bagi populasi dewasa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat